Terbuka kepada Semua Murid dan Pelajar
Kursus ini terbuka kepada murid prasekolah, murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah serta pelajar sekolah antarabangsa (International School) dari seluruh Malaysia.
Kebenaran Ibu Bapa atau Penjaga
Penyertaan adalah secara sukarela dan hendaklah mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.
Penyertaan Secara Dalam Talian
Kursus dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Peserta tidak perlu hadir secara fizikal sepanjang tempoh kursus.
Jadual dan Tempoh Kursus
Kursus berlangsung dari Februari hingga April 2027, dengan sesi pembelajaran diadakan pada setiap hari Sabtu selama satu jam bagi setiap sesi. Peserta yang tidak dapat menghadiri kelas boleh mendapatkan rakaman video daripada pihak penganjur, ICBE Publication.
Syarat Wajib Penyertaan Pertandingan
Peserta diwajibkan mengikuti kursus selama tiga bulan berturut-turut, iaitu dari Februari hingga April 2027, sebelum layak menyertai Pertandingan Poster Via Canva 2027.
Keperluan Pembelajaran
Peserta perlu mempunyai komputer, akaun Gmail yang aktif dan sambungan Internet yang stabil bagi mengikuti sesi pembelajaran dengan lancar.
E-Modul Pembelajaran
E-modul disediakan oleh pihak penganjur sebagai bahan pembelajaran dan rujukan sepanjang tempoh kursus.
Platform Pembelajaran
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan secara dalam talian melalui Google Meet. Pautan kelas akan diberikan selepas pendaftaran dan dikongsikan melalui kumpulan WhatsApp rasmi peserta.
Tarikh Pertandingan
Pertandingan Poster Via Canva 2027 akan berlangsung secara dalam talian pada 8 Mei 2027 (Sabtu) – Pengiktirafan PAJSK