1. Terbuka kepada Semua Murid dan Pelajar Kursus ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dari seluruh Malaysia, mengikut kategori Tahun 1 hingga Tingkatan 6.
2. Kebenaran Ibu Bapa atau Penjaga Penyertaan murid dan pelajar hendaklah mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.
3. Penyertaan Secara Dalam Talian Kursus dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Peserta tidak perlu hadir secara fizikal sepanjang tempoh kursus.
4. Jadual dan Tempoh Kursus Kursus ini berlangsung dari Februari hingga April 2027selama tiga bulan berturut-turut, dengan sesi pembelajaran diadakan pada setiap hari Sabtu selama satu jam bagi setiap sesi. Rakaman video kelas turut disediakan untuk peserta yang tidak dapat menghadiri sesi secara langsung.
5. Penyertaan Pertandingan Game via Scratch 2027 Peserta berpeluang menyertai Pertandingan Game via Scratch 2027secara dalam talian dengan Pengiktirafan PAJSK.
6. Keperluan Pembelajaran Peserta perlu mempunyai komputer atau komputer riba, sambungan Internet yang stabil dan akses kepada platform Scratch bagi mengikuti aktiviti pembelajaran dengan lancar.
7. e-Module Pembelajaran e-Module disediakan oleh pihak penganjur sebagai bahan pembelajaran dan rujukan sepanjang tempoh kursus.
8. Platform Pembelajaran Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan melalui Google Meet. Pautan kelas akan diberikan selepas pendaftaran dan dikongsikan melalui kumpulan WhatsApp rasmi peserta.
9. Yuran Kursus danΒ Yuran pendaftaran ialah RM10 sahaja, manakala yuran bulanan ialah RM50 sebulan bagi Februari, Mac dan April 2027.